Sekolah Kebangsaan Kongsi

Pada 05hb. November 2008 hari Rabu, sekali lagi promosi ke sekolah diteruskan.

Lokasi seterusnya adalah ke Sekolah Kebangsaan Kongsi, Balik Pulau. Sekolah ini adalah merupakan sekolah yang terletak di tengah-tengah kawasan Perpustakaan Desa PNM Titi Teras dan Perpustakaan Desa Sungai Burong.

Promosi bermula pada pukul 9.30pagi dan berakhir pada pukul 1.15 petang.

Antara kakitangan yang terlibat adalah terdiri daripada Pembantu Perpustakaan yang berdekatan iaitu PD PNM Titi Teras, PD Sungai Burong, PD Pulau Betong, dan PD Permatang Pasir.Kalau nak diikutkan rasa macam tak cukup kakitangan tetapi dengan komitmen yang di berikan alhamdulillah mendapat pulangan yang lumayan..he he

Keahlian yang berjaya diperolehi adalah kira-kira hampir 200 orang.

Taklimat diberikan mengikut tahun/darjah memandangkan terdapat 13 kelas. Setelah selesai taklimat dan penerangan barulah pelajar-pelajar dibenarkan melihat pameran, menyertai aktiviti seperti kuiz dan seterusnya membuat pendaftaran. Sesi mengambil gambar secara percuma juga disediakan pada hari tersebut.

Walaubagaimanapun, ramai pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Kongsi ini telah menjadi ahli di Perpustakaan Cawangan Balik Pulau memandangkan lokosi perpustakaan tersebut juga berhampiran dengan sekolah.

Bangunan Sekolah



Pusat Sumber








Sekitar Sekolah





Sesi taklimat, pameran, pendaftaran, mengambil gambar dan menjawap soalan kuiz









Mohon maaf kepada murid-murid pra sekolah yang tidak sempat bersama-sama promosi kali ini. Insyaallah jika ada kesempatan di lain hari kami akan aturkan promosi di sana pula..

Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada Guru Pusat Sumber iaitu Cikgu Norazian Bt Abd Razak dan Cikgu Saliza Bt Mansor yang bersama-sama menjayakan promosi kali ini.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
Insyaallah tahun depan kami datang buat promosi lagi...

Daripada wargakerja ...Pembantu Perpustakaan




Semoga promosi seperti ini akan di pergiatkan supaya dapat menambahkan lagi pendedahan perpustakaan dan minat membaca kepada masyarakat luar bandar.

Anda juga boleh menghubungi kami jika berminat kami mengadakan promosi perpustakaan desa dan aktiviti di tempat anda.

Segalanya PERCUMA!!!

Semoga semua pihak mendapat manfaat daripada program seperti ini.

" Semarak Budaya Ilmu "

Promosi Sempena Hari Kantin

Promosi Lagi..
Selang sehari selepas promosi di Sekolah Kebangsaan Titi Teras, Perpustakan Desa Pulau Betong pula mendapat undangan dari Sekalah Kebangsaan Pulau Betong sempena Hari Kantin yang akan dijalankan pada hari Sabtu 01.11.2008

Setelah mendapat persetujuan kedua-dua pihak Perpustakaan Desa Pulau Betong akan menganjurkan 3 aktiviti melibatkan pelajar sekolah, membuka kaunter pendaftaran dan pameran buku.


Antara aktiviti yang telah diadakan :
  • Colour by code (pra sekolah) 20 penyertaan
  • Easy dot..dot (tahap 1) 30 penyertaan
  • Maze (tahap 2) 30 penyertaan
Pada hari kantin tersebut, terdapat pelbagai gerai jualan beraneka jenis makan, pameran daripada pebagai agensi seperti Agensi Anti Dadah, Jabatan Kesihatan, BOMBA, Perhutanan dan Perlilitan , Trafik dan banyak lagi. Jualan buku dan alatan tulis juga terdapat pada hari tersebut, Syarikat Hasrat Sari telah membuka gerai jualan tersebut.. Sebanyak lebih kurang 40 pendaftaran secara percuma telah di daftarkan di sana..

Jom kita lihat kemeriahan Hari Kantin Sekolah Kebangsaan Pulau Betong


Kenali tuan rumah promosi kali ini..

Salwana Bt Hamid
Pembantu Perpustakaan
Perpustakaan Desa Pulau Betong




Antara Pameran-pameran

Jabatan Bomba dan Penyelamat



Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara



Pusat Kesihatan Barat Daya



Jabatan Anti Dadah Kebangsaan Pulau Pinang




Jabatan Trafik


Jualan Buku dan Alatan Tulis
Hasrat Sari Sdn. Bhd



Gerai-gerai Jualan Makanan




Cabutan Bertuah


Aktiviti yang telah dijalankan oleh perpustakaan



Terima kasih di atas undangan yang diterima. Kerjasama dan jasa baik pihak Sekolah Kebangsaan Pulau Betong sentiasa di kenang..

Sayonara...Jumpa lagi