Promosi Di Pra Sekolah Titi Teras

Aktiviti promosi kali ini telah di jalankan pada 29hb. Ogos 2008 bertempat di Pra Sekolah Kebangsaan Titi Teras sempena menyambut hari kemerdekaan yang ke 51.

Perpustakaan Desa PNM Titi Teras telah mengadakan aktiviti mari mewarna betemakan hari kemerdekaan sambil menerangkan secara ringkas sejarah kemerdekaan negara kita dan
telah membuka kaunter pendaftaran dan sesi penerangan berkaitan perpustakaan desa.

Sebanyak 24 keahlian telah berjaya didaftarkan pada hari tersebut. Sesi mengambil gambar keahlian turut diadakan.Selain itu sebagai saguhati kipas kertas turut diberikan kepada yang berdaftar.




Sesi Penerangan & Promosi Perpustakaan




Aktiviti Mewarna



Hasil Aktiviti



Kenangan Bersama

Terima Kasih kepada guru pra sekolah tersebut Pn. Nurul yang memberi kerjasama yang sepenuhnya untuk menjayakan aktiviti ini

Makluman

Tarikh Promosi : 29.08.2008 - Jumaat
Bertempat : Pra Sekolah Kebangsaan Titi Teras
Masa : 9.15 pagi

Kakitangan Bantuan : Pn. Juraidah Zainol - Perpustakaan Desa Siber Ilmu Sg. Burong

Jika anda ingin kami membuat aktiviti serta promosi di tempat anda...bolehlah menghubungi kami..perkhidmatan ini adalah percuma

Perpustakaan Desa PNM Titi Teras
04-8660781
pteras@penanglib.gov.my

Tiada ulasan: